ASSALAMUALAIKUM
Sudah lama tidak menjengah di sini. coretan dulu sudah terpadam tapi coretan kata hati tidak pernah kabur malah mengindahkan hati dan jiwa yang bahagia. Usai diri mencari kesibukan kerja yang tidak pernah berkesudahan. Hati ini menjerih menjerit bila hari mu mahu diindahkan dengan kata-kata rindu hati?
Hari ini aku lari seketika dari kekalutan hidup yang tidak mungkin bernoktah. Jiwa ini meronta mahu meluahkan segala kegusaran, kesedihan dan kebahagiaan yang di rasa. Hidup satu amanah yang begitu terindah. Jika disia-siakan dengan kezaliman keindahan tidak akan pernah muncul untuk bersinar riang.
Meronta-ronta hati ini. Baru ku sedar jiwa ini pernah mendendangkan alunan sayu berkali-kali. Tetapi sayang alunan dendangan tersebut tidak pernah ku dengari. Kesibukan mengaburi segalanya dan tidak punya masa untuk melayan karenah hati. Aku silap! hati ini lagi memahami sanubari aku.
Berlagak sombong membiarkan pusara cebisan karya hati menggapai keseorangan tanpa ada sedetik pertolongan yang sampai. Jiwa aku tulisan ini. Jiwa aku hati ini. Jiwa aku adalah kata-kata hati aku. Bahagianya bila dapat meluahkan kata-kata karya hati yang beralun lembut menghembus jiwa yang kosong. Terasa seperti diberi nafas yang baru. Terasa hati ini cukup rindu dan tidak puas untuk berpuisi sendiri di dalam jiwa sanubari.
Indah hari ini bukan hari yang terang benderang tapi hati yang jiwanya sudah mula mekar di dalam jiwa. Hari bahagia ketenangan abadi bersendu indah .
-syruplaicy 22/3/2018-
No comments:
Post a Comment